KEDAI BUNDLE TERBAIK


5 Kedai Bundle Terbaik Yang Korang Boleh 'Selam' Sekitar Kuala Lumpur & Shah Alam!


Ramai yang tidak tahu sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam terdapat banyak kedai bundle jual barang-barang rare!

1) Jalan Raja Bot (JRB Vintage Market), Kuala Lumpur

Pelbagai jenis pakaian yang murah telah menjadikan kedai bundle syurga dan kegilaan kepada mereka yang gemar untuk berjimat cermat dan bergaya pada masa yang sama. Ramai juga yang menjadikan bundle sebagai alternatif bagi mereka yang gemar pergi ke pusat membeli-belah. Mana lagi nak cari yang cantik tetapi murah?
                        Image from Jalan Raja Bot / Facebook

Berderet peniaga-peniaga bundle menjalankan jualan di Jalan Raja Bot, Chow Kit. Dengan harga yang mampu milik dan berpatutan serta pilihan barangan yang banyak, anda pasti tidak akan kecewa. 
Siapa yang belum sampai ke Jalan Raja Bot, boleh berkunjung ke sini!
Alamat :  No 48 Jalan Raja Bot, Chow Kit, KL, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi : Jumaat & Sabtu. 9 malam sehingga 4 pagi.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Facebook 

2 ) Baden Baden Bundle Setapak, Kuala Lumpur
                         Image from Baden Baden Bundle / Facebook

Baden Baden Bundle mempunyai cawangan di Port Dickson dan di sekitar Lembah Klang. Apa yang menariknya disini, terdapat pelbagai baju untuk semua peringkat umur seperti wanita, kanak-kanak dan lelaki.
Alamat : Lot 3, 5, 4, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. 10 pagi sampai 12 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Facebook | Instagram

 3 ) Bandoru Store, Shah Alam

Image from Instagram @bandorumalaysia
 
               Kalau yang biasa lalu Federal Highway, mesti akan nampak kedai ini. Bandoru merupakan concept mall atau pusat membeli belah yang mengumpulkan barangan prelovedpreowned dan original. 

Kualiti barangan ini dijamin kerana straight daripada Japan. Harga yang murah dan pelbagai pakaian fesyen pastinya akan membuatkan anda rambang mata!
Alamat : Selangor PT7, Federal Highway Batu 3, 40150 Shah Alam.
Waktu operasi : Isnin - Jumaat. 10 pagi hingga 10 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Instagram  | Twitter 


4 ) Jalan Jalan Japan, Subang

Jalan Jalan Japan sangat sesuai untuk mereka yang gemar pakaian daripada Jepun! Ala-ala Jepun gituh! Pelbagai jenis pakaian di sini pasti akan buat anda rambang mata. Jom ramai ramai pergi!
Alamat : 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. 10 pagi hingga 10 malam.
Anda boleh ikuti updates mereka di :- Instagram


5 ) Abe Bundle, Shah Alam

Image from Abe Bundle
Image via Abe Bundle
Abe Bundle merupakan lokasi untuk mereka yang mahukan pakaian dari punk ke hipster. Pelbagai saiz untuk mereka yang berbadan gempal juga ada di sini. 

Anda sepastinya mahu singgah ke Abe Bundle untuk melengkapkan gaya anda! Bukan sahaja pakaian, kasut branded seperti Timberland dan Nike juga dijual disini.
Alamat : Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 41300 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. Beroperasi 24 jam.

Puas sebenarnya 'menyelam' ni sebab jumpa barang yang ekslusif dan lain daripada yang lain. Memang seronok dan puas hati! Yang penting kena sabar dan ambil masa! Have fun guys!

Image from GIPHY


       

Comments

  1. Assalamu Alaikum

    Sy tukang urut. Sy bosan ddk rumah kerana PKP lockdown. Sy nak tawarkan perkhidmatan urut percuma di kediaman sy @ Wangsa Maju Seksyen-2.

    Sy tawarkan pelbagai jenis urut seperti berikut:

    1. Urutan lenguh² dan lesu-lesu badan

    2. Stress/maigrain

    3. Urutan batin (memulihkan syahwat dan tenaga wanita)

    4. Urutan mengencangkan payudara dan punggung

    5. Urutan kesihatan dan kecantikan wanita

    Klo berminat urut PERCUMA, sila WhatsApp sy: 0182681606

    Sy sorang lelaki umo 47thn. Sy keturunan Arab. Sy dok sorang kat seksyen-2 Wangsa Maju. Please contact me for FREE massage during MCO lockdown.

    Special timing for bulan Ramadan: 10pm until 4am
    WhatsApp: 0182681606

    ReplyDelete

Post a Comment